Home > DUNIA, PENDIDIKAN > Anggota Parlimen Hulu Terengganu Tokoh Guru Terengganu 2012

Anggota Parlimen Hulu Terengganu Tokoh Guru Terengganu 2012

Bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri sempena majlis sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri tahun ini.

Mohd Nor Othman, 60, menyifatkan kerjaya sebagai guru selama 32 tahun adalah mencabar dan menganggapnya sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berazam terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu yang mahu dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air.

“Walaupun sudah bersara daripada arena perguruan, sebagai Anggota Parlimen saya tetap berjuang terutamanya dalam isu pendidikan. Malah saya masih lagi melibatkan diri dengan kegiatan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) daerah,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guru Peringkat Terengganu di stadium tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak di sini, Isnin.

Mohd Nor adalah lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia di bidang pengajian pendidikan sejarah pada 1971 dan mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, Kuala Terengganu, pada 1976.

Sumber : Bernama

P/S : Cikgu Mat Noor ni dulu tinggal betul2 depan umah ambe.. hehe.. dah jadi ahli parlimen daa…apapon, slmt menjalankan tanggungjawab sbg ahli parlimen dan bekas pendidik..

About these ads
Categories: DUNIA, PENDIDIKAN
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: